Thursday, July 2, 2009

HASIL KERJA TANGAN ROSMAN TALIF































































































MOTIF UKIRAN ROSMAN TALIF











SINAR HARIAN EDISI KELANTAN




BERITA HARIAN ONLINE : ROSMAN TALIF PAKAR UKIRAN KAYU DAN KERIS

SUMBER BERITA : BERITA HARIAN ONLINESILA KLIK PADA URL DI BAWAH UNTUK BERITA PENUH DI BERITA HARIAN ONLINEPAKAR SENI UKIRAN KAYU :

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Personaliti/20090426083648/Article/

Rosman dikenali kerana hasil tangannya yang menarik termasuk sepasang keris disimpan Ratu England KETIKA rakan seusia 18 tahun mula mengintai peluang melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi terutama ke menara gading, Rosman Talif sudah mula menapak dalam industri seni ukir. Langkahnya bermula dengan menimba ilmu asas ukiran di pusat kraftangan Temerloh, Pahang selama setahun setengah dan daripada situ bermula hidupnya sebagai tukang ukir apabila diterima bekerja di Kelantan Woods Craf pada awal 1980-an.

Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan di bawah dua pengurusan berbeza iaitu adik beradik Abdul Rahman Long dan Latif Long banyak mengajarnya erti kedewasaan dalam dunia seni ukir. Bukan cakap-cakap kosong, tetapi hasil buatan tangannya sudah tersebar ke merata ceruk dan paling membanggakan, sepasang keris bersarung lengkap yang diukir halus pernah dianugerahkan kepada Ratu England oleh kerajaan Malaysia ketika menghadiri sidang Komanwel di Kuala Lumpur. Itu hasil kerjanya ketika masih berkhidmat dengan Kelantan Woods Craff dan kini anak kelahiran Melaka ini nekad untuk mencipta ‘jenama’ sendiri.

Antara ilham Rosman, ulu keris berbentuk kepala singa dan burung (bawah).Cukup yakin dengan kemampuan diri berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang dimiliki, beliau menubuhkan syarikat Seni Ukir Teras yang diusahakan di bengkel bersebelahan rumahnya di Kampung Pauh Dara, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. Kini, beliau mengusahakan seni ukir membuat sarung keris, ulu keris, parang, ukiran dinding termasuk menyediakan keris diraja dan ukiran dinding untuk istana.

Keistimewaannya cukup jelas, beliau masih percaya dan berpegang kepada hasil kerja secara tradisional, menggunakan kaedah lama buatan tangan kerana baginya, buatan itu dianggap eksklusif dan khas untuk pelanggan yang menempahnya. “Ukiran halus paling susah dan mahal ialah menggunakan gading gajah. Biasanya ia khas untuk membuat ulu dan sarung keris diraja dan boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, cukup rumit dan keras. Bukan boleh guna sembarangan pahat, memang kerap mata pahat patah,” katanya.

Menyingkap sejarah ringkas hidupnya, bapa kepada dua anak ini sebenarnya pernah bertugas sebagai pengukir ais untuk majlis khas di hotel di ibu negara. Berdasarkan kemahiran mengukir kayu, beliau dianggap layak menjalankan tugas berkenaan. Kini, pengalaman mengukir kayu dan ais itu digabungkan dalam menghasilkan ukiran halus berkualiti kerana secara asasnya walaupun kedua-duanya adalah ukiran, tetapi ia di pentas berbeza iaitu kayu dan ais. “Kedua-duanya memerlukan ketelitian dan perlu banyak bersabar kerana ukiran sebenarnya adalah luahan hati pengukir, jiwa perlu tenang ketika bekerja. Ukiran ais cukup sukar, jika tersilap teknik, ia akan pecah dan semuanya akan musnah.

“Konsep sama dalam hal ukiran kayu, kena jaga teliti bahan yang terhad. Ketelitian itu akan membuahkan hasil seni cukup halus dan menarik. Ia seolah-olah sama seperti pelukis, mempunyai identiti sendiri, cuma nama pengukir tidak dicetak pada ukiran,” katanya. Mengulas bagaimana menghasilkan seni ukir yang baik, Rosman menjelaskan ia perlu menjiwai peranan setiap ukiran dengan memberi contoh sepasang keris siap bersarung ukir umpama seseorang yang lengkap berpakaian.

Baginya, bagaimana seseorang perlu kelihatan cantik melalui cara berpakaian, hiasan diri dan kekemasan, begitu jugalah sepasang keris bersarung perlu digubah dan dihias cantik kerana ia mencerminkan identiti pembuat dan pemiliknya. “Kita perlu pastikan sapir (ulu keris) perlu secocok dengan matanya, kemudian barulah timbul idea bagaimana nak memadankan dengan corak sesuai dan menepati cita rasa pelanggan. “Sapir umpama baju kepada keris, batang serunai umpama seluar dan penutup sarung di bawah umpama kasut atau tumit. Semuanya perlu dipadankan selaras dan nampak menarik, bukan sembarangan,” katanya.

Berdasarkan pengalaman dan kemahiran dimiliki, Rosman turut menerima tanggungjawab daripada beberapa agensi yang memintanya berkongsi pengalaman termasuk mengadakan kursus untuk warden penjara dan kursus intensif kayu anjuran perbadanan perkayuan Malaysia di Cheras.